ISLAMIC

BISMILLAH..

S E L A M A T D A T A N G B L O G I S L A MIC

INSYALLAH BLOG INI,

dapat berkongsi dengan anda tentang ilmu islam..ilmu lagi

banyak kita ada,lagi luas pemikiran kita..insyallah..

Khamis, 25 November 2010

Guru – Antara gaji dan daie

Teringat zaman bergelar seorang guru dulu. Walaupun dalam standardnya, saya di’title‘kan sebagai guru ‘tidak terlatih’, namun ia benar-benar mencabar bagi seorang anak muda yang masih manis darahnya…hehe…sekarang dah tak manis :-)
Penulis ketika mengunjungi sekolah yang pernah diajar ketika memegang title ‘guru tidak terlatih’
Teringat dialog sewaktu di kafeteria.
Wah…bersemangat ustaz Asyraf!’’ kata cikgu S.
Biasalah…nak mendidik anak bangsa,” jawabku seakan-akan jawaban orang politik bunyinya.
Hehehe…kami pun dulu macam ustaz juga, bukan main bersemangat kononnya nak mendidik anak bangsa, nak merubah minda anak murid la….tapi bila dah bertahun jadi cikgu, semangat awal tu entah ke mana…” jawab cikgu S berbaur sindiran.
Baru sahaja nak ambil semangat, dah mula luntur. Mungkin jangka masa selama 2 minggu belum cukup memberi kesan dalam menghakis semangat yang membara ini. Apalah sangat 2 minggu berbanding cikgu-cikgu yang dah bertahun-tahun berhadapan dengan karenah para pelajar yang aneka ragam warna dan resepinya.
Apapun saya mengakui, guru-guru yang ada sekarang bukanlah mencairkan hati mereka hanya semata-mata mencari masuknya habuan ke dalam perut. Kalaulah diberikan gaji yang sebanyak mana sekalipun, jika hendak dibandingkan dengan kepenatan guru-guru mengajar amat tidak berbaloi. Namun isi dalam durian siapa tahu enaknya. Biarlah para guru yang meletakkan niat mereka sendiri.
Sebenarnya tugas guru adalah sebaik-baik daie yang ada di muka bumi. Bayangkan, dalam berebut-rebut para pencari mad’u berebut membanyakkan ahli, tetapi sang guru hanya menunggu para mad’unya. Jelas kemudahan yang ada pada guru untuk menyampaikan dakwah mereka kepada anak murid.
Sebenarnya ini bukanlah suatu kebetulan. Tapi ia adalah anugerah dan pilihan Allah kepada guru-guru. Ditegaskan sekali lagi bahawa guru adalah pilihan Allah SWt, maka taburlah benih di atas tanah-tanah yang telah dihadiahkan Allah SWT.
Walaupun ada sebahagian guru yang merintih mengatakan “Anak murid nih dah tak boleh dididik lagi. Semuanya degil-degil!”
Rintihan ini adalah sebahagian rintihan daripada seorang yang berputus asa. Al-Imam Ibn Hajar al-Asqalani sendiri mengambil pengajaran dari pengamatannya terhadap setitis air yang mampu melekukkan batu yang keras sekiranya ianya dilakukan secara istiqamah berkali-kali.
Ya…memang ada bukti menunjukkan bahawa ada segelintir manusia yang sampai bila pun tidak akan menerima sebarang perubahan kepada kebaikan. Ini berdasarkan dalil dari Surah Yaasin ayat ke-10,
(maksudnya): “Sama sahaja bagi mereka, samada engkau memberi peringatan kepada mereka atau engkau tidak memberi peringatan, nescaya mereka tetap juga tidak beriman”.
Dalil di atas menceritakan bahawa memang terdapat di antara segelintir pelajar yang memang tidak boleh diubah walau sebanyak manapun teguran yang diberikan. Tapi, dalam ayat yang sama ia menceritakan sesuatu yang mungkin kita sendiri tidak sedari.
Berkata Maulana Saad. Amir Sab jemaah Tabligh sedunia di dalam program Ijtimak Dakwah Sedunia di Nilai pada tahun lepas,
Allah menggunakan perkataan ‘Alaihim’ ( bagi mereka ) dan bukannya menggunakan perkataan ‘Alaika’ ( bagi kamu ). Ini bermaksud, ayat ini hanya memberi tahu berkenaan orang yang didakwah atau dipanggil madú. Allah tidak menggunakan kalimah ‘alaika kerana para dai’e yang berdakwah tidak sama sekali sama tarafnya jika ia memberi peringatan atau tidak beri peringatan.
Sekiranya para daie memberi peringatan, maka Allah akan membalas usahanya dengan berlipat kali ganda ganjran walaupun orang yang didakwahnya tidak berubah walaupun selangkah. Ini menunjukkan kerja para dai’e bukanlah mewajibkan datangnya hasil.
Ingat! Bukanlah syarat atau maksud dalam berdakwah itu adalah “penerimaan”.
Berdakwahlah walaupun tidak diterima.
Itulah jalan-jalan yang telah ditempuh oleh sekelian para Rasul dan sahabat-sahabat Nabi SAW.
Semoga guru-guru Muslim dimuka bumi ini dapat mengimbangi antara gaji dan usaha sebagai dai’e. Wallahua’lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular

senarai blog