ISLAMIC

BISMILLAH..

S E L A M A T D A T A N G B L O G I S L A MIC

INSYALLAH BLOG INI,

dapat berkongsi dengan anda tentang ilmu islam..ilmu lagi

banyak kita ada,lagi luas pemikiran kita..insyallah..

Khamis, 16 Disember 2010

Takziah Kepada Mangsa Banjir di Kedah, Perlis dan Kelantan

5 November - HALUAN Malaysia menerusi Biro Misi Kemanusiaan dan Kecemasan mengucapkan takziah dan melahirkan rasa simpati kepada mangsa banjir khususnya di Perlis, Kedah dan Kelantan atas musibah dan ujian yang sedang ditempuhi.
"Tiadalah seorang mukmin yang mengucapkan takziah pada saudaranya yang ditimpa musibah, melainkan Allah SWT memberikannya pakaian daripada pakaian kehormatan di hari qiamat." (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Banjir yang melanda Perlis dan Kedah kali ini disifatkan paling buruk berbanding apa yang berlaku pada Disember tahun 2005. Semoga Allah mengurniakan kesabaran kepada semua yang terlibat. Situasi banjir di Perlis dan Kedah sehingga jam 8.00 malam tadi (4 Nov) menyaksikan bilangan mangsa banjir di pusat penempatan sementara semakin meningkat manakala di Kelantan khususnya di Rantau Panjang semakin beransur pulih.
 
Menurut Dr Syed Muhammad Haleem, Ketua Biro Misi Kemanusiaan dan Kecemasan HALUAN Malaysia, HALUAN telah menggerakan sukarelawannya bagi membantu mangsa banjir. Menurut laporan daripada Ketua Biro Misi Kemanusiaan dan Kecemasan di Perlis dan Kedah, hampir 40 keluarga kalangan ahli HALUAN turut menjadi mangsa banjir apabila rumah dan premis perniagaan serta pejabat mereka dimasuki air.
 
Keadaan di Perlis
 
Laporan daripada Ketua Biro Misi Kemanusiaan di Perlis, Cikgu Abd Rahmat Daud, banyak tempat terlibat dan ditenggelami air. Air masih naik walaupun hari ini hujan tidak turun. Banjir berlaku disebabkan air terpaksa dilepaskan dari Empangan Tasoh yang paras airnya semakin meningkat. Pejabat kerajaan ditutup dan Hospital Kangar juga dinaiki air.
 
Banjir di Bandar Kangar [foto ehsan Muhd Umar Ahmad]
Keadaan air yang melimpah di Kota Kayang [foto ehsan Mohd Umar Ahmad]
 
HALUAN Perlis telah mengaktifkan bilik gerakan dan sedang bertungkus lumus menyediakan bantuan termasuk kerjasama dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 
 
Pergerakan agak terbatas disebabkan masalah perhubungan kerana banyak jalan ditutup dan ditenggelami air. Kebanyakan mangsa terpaksa bergelap disebabkan ketiadaan bekalan eletrik.
 
Keadaan di Kedah
 
Tiada hujan di sekitar kubang Pasu tetapi banjir sedang merebak dari Padang Terap di sebelah utara Kubang Pasu dan Kota Setar. Mengikut Ketua Biro Misi Kemanusiaan Negeri, saudara Zahrullail, banjir berpunca daripada air yang dilepaskan dari tadahan empangan di Thailand. Paras air di Empangan PEDU dan Sungai Muda masih di bawah paras bahaya. Keadaan diburukkan lagi dengan air pasang yang menyebabkan air tidak dapat mengalir keluar ke laut. HALUAN Kedah telah mengaktifkan bilik gerakan banjir di Alor Setar. 
 
Masjid Rafeah Taman Uda Alor Setar [foto ehsan Mursyid Mustafa]
SMK Dato' Syed Omar [foto ehsan Mursyid Mustafa]
 
Kepada orang ramai yang berhajat untuk membantu serta menyumbangkan bantuan berupa wang ringgit boleh menghubungi Dr. Syed Muhammad Haleem di talian 013 204 4818. Sumbangan juga boleh di salurkan ke Tabung Khas Bantuan Kecemasan dan Bencana di atas nama HALUAN bernombor 14-023-01-002571-8 di BIMB (Bank Islam). 
 
Daripada Rasulullah s.a.w. dengan mafhumnya,
 
"Allah akan menolong seorang hamba selama mana hamba itu menolong saudaranya.” [Hadis riwayat Muslim]
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular

senarai blog