ISLAMIC

BISMILLAH..

S E L A M A T D A T A N G B L O G I S L A MIC

INSYALLAH BLOG INI,

dapat berkongsi dengan anda tentang ilmu islam..ilmu lagi

banyak kita ada,lagi luas pemikiran kita..insyallah..

Selasa, 1 Mac 2011

Pilihanraya Kampus : Jangan ‘Uniform’kan Pemikiran Mahasiswa

Pilihanraya Kampus : Jangan ‘Uniform’kan Pemikiran Mahasiswa


Saya bukanlah aktivis mahasiswa. Apatah lagi seorang pemimpin agung di Universiti. Walaupun kata mereka saya adalah produk kelahiran ‘Akademi Pengajian Islam’. Sudah semestinya saya mendaftar ahli seumur hidup dalam Persatuan Mahasiswa Islam (PMIUM).  Jawapannya tidak. Saya tidak pernah berdaftar sebagai ahli PMIUM. Namun mata yang diberi. Akal yang dikurniakan ilahi. Bukanlah sebagai aksesori untuk berdiam diri mengerti kehidupan umat di sekitar kampus. Isu-isu berbangkit bukan sebagai kosmetik kepada pihak yang bertanding merebut kerusi. Namun ia adalah rahsia yang perlu dikoreksi. Hakikat yang perlu diteliti. Kerana dengannya mahasiswa belajar erti untuk hidup berasaskan ilmu. Bukan sekadar belajar ilmu tanpa mengerti apa itu hukum alam.
Universiti mempunyai warna politiknya sendiri. Walaupun ada kepala keretapi yang mengikat dari luar kampus. Usahlah dinafikan penglibatan parti politik luar dalam meresepikan citarasa politik kampus. Walaupun kedua-dua belah pihak dari parti politik menafikan penglibatan mereka. Namun, mahasiswa tetap bijaksana. Mereka mengerti semuanya. Namun mereka masih terleka dan biarkan sahaja. Mungkin disebabkan suapan makan dan minum sudah membuatkan sendawa yang kuat. Buatkan mereka terus lena dibuai mimpi.
Mahasiswa Universiti di Malaysia merasakan tugas sebagai pelajar perlu di bilik kuliah. Perlu dihiasi dengan anggukan dan kata sokongan kepada si pemberi. Perlu kepada penghawa dingin dan kesenangan kolej untuk terus berkubur di kolej sehingga tamat pengajian. Terus menerus menghayun kipas ketidak puas hatian anda. Sedangkan di dalam diri terdapat penentangan. Di dalam hati terdapat fikiran yang diluar kotak. Namun disebabkan kotak itu adalah kotak yang teduh. Maka teruslah Mahasiswa berada di dalam kotak. Asalkan bedak di muka tidak cair dek kepanasan bercakap diluar kotak teduh.
Ada juga Mahasiswa yang mencari identity orang lain. Katanya kita mengikut majority. Katanya aku sokong Manchester United sebab ramai sokong Manchester United. Bukan sebab permainannya. Apatah lagi hendak bangun menyorak gol kepada pasukan lawan Manchester United di tengah-tengah kedai mamak yang dikelilingi penyokong Manchester United. Opss..ini bukan isu bola sebenarnya..
Mahasiswa di Malaysia merasakan untuk apakah berkata ‘Tidak’ andai terpaksa menyewa di luar kampus. Untuk apakah berkata ‘Tidak’ andai terpaksa bersusah payah menyelusuri birokrasi ‘Pejabat Hal Ehwal Pelajar’. Bukan diri ini menyuruh mahasiswa berdiri gagah di gazebo mengangkat tangan mengatakan penentangan. Bukan mendesak mahasiswa menunjukkan penumbuk tanda tidak bersetuju. Namun anda ada fikiran yang tersimpan. Anda adalah mahasiswa. Bukannya pelajar sekolah yang mendapat skim pinjaman buku teks. Bayangkan jika jiwa anak muda seperti anda wujud pada zaman Pengisytiharaan Malayan Union?..Sudah pasti padang Kelab Sultan Sulaiman lenggang dari suara kita. Yang tinggal hanya suara cengkerek dan kedai Nasi Lemak 60sen. Apatah lagi jika mahukan anda berada Dataran Tahrir!!!
Amat malang bila ada yang ‘terlajak’ bersyukur dengan katanya “kami mendapat pinjaman pendidikan dari mereka”. Bukankah jelas namanya sebagai ‘pinjaman’. Atau mungkin Mahasiswa yang menghargai erti pinjaman ini lalu kurang mengerti perkataan ‘pinjaman’ dan perlu difahami dengan ‘loan!!’. Ada yang berkata “kami mendapat biasiswa”. Sedangkan dia terlupa biasiswa yang ditanggung Allah Taala sepanjang hidupnya. Namun sering kali dia mengatakan ‘tidak’ pada ketetapan Allah. Bukankah kepada Allah selayaknya disyukuri. Tahniah kepada Mahasiswa yang terus berdiri sebagai insan yang lembut urat leher untuk menyatakan ‘YES’ walau anda tidak bersetuju. Semuanya angkara subjek ‘syukur’ yang anda pelajari. Tahniah kerana bersyukur tidak pada tempatnya.
Penulisan ini bukan mengherdik. Namun cuba mencari erti niat dihati. Apakah yang dihajati buatkan kita menutup mulut-mulut mahasiswa yang cerdik pandai. Sehinggakan kita memaksa mahasiswa mengenakan uniform yang sama dengan kita. Sehingga Uniform itu lusuh, kotor, koyak, luntur dan lesu itu terus dipakaikan kepada generasi anak Umat kita. Apakah uniform pemikiran itu perlu lagi? Adakah uniform pemikiran itu yang menjamin kelestarian kemajuan Ummah. Itu anak-anak yang akan membangun Negara. Bukan anak-anak yang sekadar menjadi pekerja suruhan. Tetapi Mahasiswa adalah bakal pembuka jalan pemikiran. Bukan hanya mengikut peta yang dilakar anda. Namun Mahasiswa adalah pembuka juga peneroka!!.
Hormatilah pemikiran mahasiswa. Cukuplah pengajaran kisah pembunuhan Hang Nadim itu menjadi sejarah buruk dunia intelek orang muda. Apalah gunanya kita menyatakan bekerja keras meniru idea gagasan institusi pendidikan di Barat sana. Katanya dunia penyelidikan di sana jauh lebih terbuka. Dunia penyelidikan di sana penuh dengan mahasiswa yang ‘hidup’. Bukan mahasiswa yang ‘lesu’. Namun dalam isu kebebasan mahasiswa melawan arus kita mengambil pendekatan dunia komunis. Jangan salahkan Chin Peng andai kita sendiri mewarisi pemikirannya.
Kepada mahasiswa yang hanya membawa bendera ‘Tidak’. Kita bukannya pengikut rentak ‘orang luar’ disana. Bukan semuanya perlu ditidakkan. Bukan semuanya perlu didemonstrasikan. Bukan semuanya perlu diwala’kan. Anda punya jatidiri. Apalah bezanya kita jika kita mengajak mahasiswa berfikiran di luar kotak. Namun kita juga beralih untuk berfikir mengikut kotak ‘orang di luar’ sana. Bukankah anda itu mahasiswa. Bukan anda yang menuruti kata-kata mereka. Namun mereka yang sepatutnya tunduk hormat diatas kata pemikir dari orang muda bergelar mahasiswa.
Saya mengerti siapalah saya disini. Hanya seorang Imam Kampung yang tidak punya sebarang jawatan tinggi. Namun, inilah rasa hati seorang bekas Mahasiswa.
Sempena Maulidurrasul ini, marilah kita mengikut Modul Pendidikan  dan cara berfikirnya pemimpin Agung Nabi Muhammad SAW. Ia sentiasa memberi peluang dan mendengar pandangan para sahabat. Ia tidak hanya memikirkan nasib Para Sahabat yang berada di hadapannya. Namun sentiasa mengingati nasib umat masa hadapan walau 1400 tahun lamanya. Sedangkan kita hanya berfikir bagaimana nasib kita sehingga datangnya usia pencen kita. Rugilah kita mengarahkan mahasiswa berarak keliling kampus berselawat menyatakan kecintaan kepada Rasul. Andai cara berfikir seperti Kekasih Allah itu sengaja tidak diadaptasikan.
Sudah-sudahlah mengenakan uniform untuk mahasiswa. Mereka sudah beruniform sejak dari bangku tadika lagi. Kini masanya membebaskan mereka dari sebarang uniform. Mereka adalah golongan yang layak memilih baju mana sesuai dikenakan kepada tubuh sasa mereka. Ya Allah…pimpinlah generasi anak muda kami dari insan yang menyayangi.

Selasa, 8 Februari 2011

Kabel ALLAH TAALA

Kabel ALLAH TAALA


“Kau buat apa lani? Tanya Sufian kepada Sofhan. “Aku sekarang kerja di KL. Alhamdulillah, aku guna ayah saudara aku. Sebab dia orang kuat dengan Dato’ Drogba ( bukan nama sebenar ). Aku terus permanent kat situ pakai kabel dia je”. Jawab Sofhan. “Ko takpelah ada ayah saudara. Aku nih, buat kontraktor. Terpaksalah buat baik dengan Tan Sri Lampard (juga bukan nama sebenar).  Senang sikit dapat projek.
Manusia yang hebat adalah manusia yang hebat hubungannya dengan ALLAH SWt. Sehebat mana manusia itu disisi manusia yang lain, selincah mana pergerakan dihadapan makhluk yang lain, selantang mana pertuturan pidato di hadapan orang lain. Ianya tidak dapat menandingi hati-hati makhluk yang amat kencang berhubung dengan RABBNYA. Kerana Allah SWT adalah sangat hampir dengan hambaNYA. Mengapaka diperlukan jambatan andai ada sampan yang sudi melabuh. Apa gunanya tali, andai tangan mampu menyambut. Itulah ALLAH SWT.. Ia amat hampir dengan hamba-hambaNYA. Cuma manusia itu sering melupakannya. Maka tidak mustahil Sang Pencipta menggelapkan impian. Andai yang jauh dipinta yang dekat dilupakan.

Ada pepatah golongan ‘melayu baru’….”Selain dari sijil SPM, kalau tadak kabel kuat susah juga nak masuk Universiti, susah juga nak dapat kerja”
Wah. Begitu besar peranan kabel rupanya. Sehinggakan pintu rezeki itu boleh bergantung kepada mereka. Ada yang benar-benar sedaya upaya mendapatkan kabel seolah-olah kemudahan akan muncul dengan kelebihan kabel.
Fenomena berbangga dengan mengenali ‘orang itu’ dan ‘VIP ini’…’Pegawai itu’ dan ‘Penguatkuasa ini’ sudah lama meracuni pemikiran kita. Mungkin bila ianya tidak dikaitkan dengan akidah maka apa salahnya. Atau mungkin soal bergantung terus-menerus kepada manusia itu sudah sebati dalam hati kita membuatkan kita terlupa rupa-rupanya Allah sudah menyediakan kepada kita kabel tanpa halangan satelit iaitu ‘raka’atain’ (solat dua rakaat)
Saya sering mendapat business card yang menyatakan keinginan untuk dibantu jika terdapat sebarang masalah. Saya amat berbesar hati dengan pertolongan mereka kepada saya. Inilah dinamakan sebab musabab pertolongan Allah kepada hambaNya dengan mendatangkan makhluk sebagai perantara. Bukan perantara untuk kita berdoa kepadanya. Namun hanya membantu agar kita tahu mensyukurinya.
Dalam masa yang sama, ramai yang mula menyendeng dengan gelaran kepada kita. Mungkin ada yang menyangka, kehadiran Imam Muda dalam menyertai program-program yang melibatkan ‘orang-orang besar’ ataupun VVIP, maka mungkin Imam Muda boleh membantu.
Saya telah meletakkan diri ini sebagai orang yang bersedia membantu. Namun ada kadarnya. Ada ketetapannya. Saya seorang manusia yang lemah. Namun ianya sudah menjadi lumrah. Orang dikenali adalah milik masyarakat.
Maka tidak hairanlah beberapa dialog yang begitu masyhur dalam hidup seorang bergelar Imam Muda hadirnya orang yang menjadikan kita sebagai ‘kabel’ kononnya.
“Ustaz Asyraf, boleh tolong dapatkan kerja untuk saya di Astro?” tanya seorang rakan.
“Eh…saya bukannya orang Astro. Saya cuma ikut program Astro.” Jawab saya.
“Alaaa….bukan ke semua orang Astro kenal ustaz…”pujuk rakan saya.
“Ok..ok…ada masa nanti hantar resume ek..” saya cuba membuka talian hayat untuknya.
Kekadang terfikir sejenak. Siapakah insan kerdil ini disisi Astro. Walaupun saya sekadar membantu menghantar resume. Namun, apakah dengan katanya saya lebih dikenali boleh membuatkan saya lebih mudah mendapatkan kerja untuknya. Sedangkan andai untuk menghantar resume itu boleh sahaja melalui jurukamera, kerani mahupun staf-staf lain. Namun disebabkan kita berpegang kepada prinsip ‘Pakai Kakel’ maka bersedialah kita menadah tangan kepada kabel.
Saya sendiri walaupun mengenali beberapa orang tertentu agak gerun untuk menggunakan mereka untuk tujuan peribadi. Namun saya pula yang diharapkan dapat membantu orang lain dengan menggunakan ‘kabel’.
Bukanlah kita menyungkur dari memberi pertolongan. Namun jika pemikiran dan akal yang masih lama ‘Pakai Kabel’ masih tersemat dihati Umat Islam, maka sampai bila umat mampu berdiri sendiri. Benarlah kata Tun Dr Mahathir berkenaan ‘Budaya Tongkat’. Kita suka menggunakan alat Bantu berbanding accessory yang telah disediakan oleh Allah SWT. Maka menjadi budaya biasa apabila datangnya musim pelajar jurusan perguruan mahu ‘posting’ ke sesuatu lokasi, maka semuanya mula mencari kabel. Bila tidak mendapat pekerjaan, maka ‘orang dalam’ mula menjadi teman. Saya bukan menghalang meminta pertolongan. Tetapi biarlah pertolongan itu didahulukan dengan pencarian RABBI. Bukan terus menerus mencari yang berkedudukan di dunia. Sehingga terlupa Pemilik segala ‘Kedudukan’. Iaitu ALLAHU RABBI.
Ayuh kita menjadikan Kabel Allah Taala itu mendahului kabel-kabel makhluk yang tidak dapat merubah sesuatu. Meminta pertolongan itu berbeza dengan mempergunakan kekuasaan seseorang. Semoga kita menjadi umat yang utuh dengan akidah tanpa ‘Kabel’.

Isnin, 31 Januari 2011

Kenapa Islam Tidak Vegetarian?

Membunuh haiwan adalah perbuatan kejam. Mengapa Islam memilih untuk melakukan kekejaman?
Vegetarianisme kini merupakan satu aliran di srata dunia. Ramai yang mengaitkannya dengan kempen hak asasi haiwan.  Mereka menganggap pengambilan daging dan hasi bukan vegetarian adalah suatu pencabulan terhadap hak asasi manusia.
Islam terlebih dahulu menyarankan belas dan ihsan keatas semua makhluk hidup. Pada masa yang sama Islam menegaskan bahawa Allah telah menciptakan tumbuhan dan binatang yang menakjubkan untuk manfaat umat manusia.
Orang Muslim boleh menjadi seorang yang vegetarian. Namun ianya tidak diwajibkan. Ia juga dilarang mengharamkan sesuatu yang tidak diharamkan dalam Islam. Ini kerana Islam membenarkan kita memakan makanan bukan vegetarian. Ayat al-Quran yang pertama dalam surah al-Maidah menceritakan :
“ Hai orang-orang yang beriman, penuhilah akad-akad itu. Dihalalkan bagi kamu binatang ternak, kecuali yang dibicarakan kepadamu…”
Tidak semestinya tidak vegetarian itu kita kelompok yang zalim. Sebenarnya Islam telah menjadikan pengganutnya hidup sesuai dengan fitrah kemanusiaan itu sendiri. Antara hujjah yang menyatakan bahawa demikian :
1 ) Daging berkhasiat dan kaya dengan protein lengkap.
Makanan bukan vegetarian merupakan sumber protein yang sangat  baik. Ia mengandungi protein lengkap, iaitu kesemua 8 asid amino yang diperlukan yang tidak disintesiskan oleh tubuh dan dibekalkan di dalam diet. Daging juga mengandungi zat besi, vitamin B1 dan niasin.
2 ) Manusia mempunyai gigi omnivor
Cuba kita lihat kepada haiwan herbivor seperti lembu, kambing dan biri-biri. Semua haiwan tersebut mempunyai gigi-gigi yang rata. Ianya bersesuaian dengan diet herbivor. Jika dilihat kepada haiwan karnivor seperti harimau, singa, kesemuanya mempunyai gigi-gigi bertaring. Gigi manusia rata dan juga bertaring. Sebab itu gigi manusia dikategorikan gigi yang sesuai dengan cirri-ciri omnivor. Secara logiknya, mengapa Allah menjadikan manusia bergigi rata dan bertaring lalu ia menyuruh kita untuk memakan sayuran sahaja? Kesimpulannya manusia memerlukan kedua-dua makanan vegetarian dan bukan vegetarian.
3 ) Manusia mampu menghadam kedua-dua makanan vegetarian dan bukan vegetarian.
Sistem pencernaan haiwan herbivor hanya mampu menghadam tumbuhan. Sistem pencernaan haiwan karnivor hanya dapat menghadam daging. Tetapi sistem pencernaan manusia dapat menghadam kedua-dua makanan vegetarian dan bukan vegetarian. Sekiranya Tuhan Maha Kuasa hanya mahukan kita memakan sayuran, mengapa Ia mengurniakan kita sistem pencernaan untuk kedua-dua jenis makanan?
4 ) Agama Hindu juga membenarkan pemakanan bukan vegetarian
Kitab Hindu Manu Smruti dalam bab 5 rangkap 30 :
“Orang yang memakan daging yang boleh dimakan tidak melakukan keburukan, walaupun dia memakannya setiap hari, kerana Tuhan telah mencipta sebahagian untuk dimakan dan sebahagian lagi sebagai pemakan daging”.
5 ) Tumbuhan juga dapat merasai kesakitan
Fakta jelas pada masakini mengatakan bahawa tumbuhan juga adalah makhluk hidup. Sains hari ini menyatakan bahawa tumbuhan juga mampu merasai kesakitan. Tetapi tangisan tumbuhan tidak didengari kerana telinga manusia tidak berada dalam lingkungan 20 hertz sehingga 20,000 hertz. Apa sahaja yang berada di bawah atau diatas lingkungan tersebut tidak akan dapat didengari oleh manusia.
6 ) Lebih mulia membunuh makhluk dua deria
Ada golongan vegetarian yang berhujjah bahawa lebih elok membunuh makhluk dua deria iaitu tumbuhan. Daripada membunuh makhluk 5 deria seperti haiwan. Cuba bayangan kita mempunyai saudara yang pekak, bisu, dan buta. Apabila dewasa dia dibunuh. Apakah kita akan meminta kepada hakim untuk diringankan hukuman kerana saudara kita kekurangan deria?
Walaubagaimanapun, sebagai umat Islam kita mementingkan kesihatan. Isu makanan berzat jarang di klasifikasikan sebagai isu agama. Sedangkan ianya merupakan isu penting kesinambungan generasi hebat.
Amat sedih jika umat Islam kini apabila anak kecil mereka makan bihun. Lalu diasingkan sayur. Memakan burger dengan tanpa sayur. Sedangkan ‘orang lain’ mewajibkan malah dengan paksa menyumbat masuk kedalam mulut anak kecil mereka sayur-sayuran. Adakah kita selepas itu mahu mengkritik “kenapa anak mereka lebih pandai?”

Khamis, 27 Januari 2011

Daftar 10 Negara Termiskin di Dunia 2010


Daftar 10 Negara Termiskin di Dunia 2010

Semasa sekolah dulu, di mata pelajaran ekonomi, kita pernah diajarkan mengenai konsep pendapatan nasional. Definisi pendapatan nasional ialah jumlah pendapatan yang diterima oleh seluruh rumah tangga keluarga (RTK) di suatu negara dari penyerahan faktor-faktor produksi dalam satu periode, biasanya selama satu tahun. Dengan menghitung pendapatan nasional kita dapat mengetahui tingkat kemakmuran suatu negara.

http://lh6.ggpht.com/_BRnmLyhNSUA/TDncoN7InDI/AAAAAAAAAPo/bie3cMDc4QQ/2543396621_2da41f6316.jpg

Gizi buruk, pemandangan yang lazim dijumpai di negara-negara miskin.

Menurut data-data yang saya dapat dari CIA World Factbook, berikut ini boleh dikatakan 10 negara termiskin di dunia 2010 jika pendapatan nasional negara tersebut diukur berdasarkan konsep Gross Domestic Product (GDP) per kapita. Berikut daftarnya :

 

10. MOZAMBIK - $900 (GDP per kapita)

Republik Mozambik adalah sebuah negara di Afrika bagian selatan yang berbatasan dengan Afrika Selatan, Swaziland, Tanzania, Malawi, Zambia dan Zimbabwe. Mozambik merupakan anggota Komunitas Negara-Negara Berbahasa Portugis dan Persemakmuran. Ibu kota sekaligus kota terbesarnya ialah Maputo yang terletak di penghujung bagian selatan.

http://lh3.ggpht.com/_BRnmLyhNSUA/TDk_AHxxrHI/AAAAAAAAAOc/41wI4HCDrec/Mozambique.JPG

Three men carry a slaughtered goat away from the river bed of the Zambezi. On the left, wrecks of army trucks.

Menurut data IMF, antara tahun 1994-2006, rata-rata pertumbuhan GDP tahunan negara ini sekitar 8%. Walaupun demikian, Mozambik tetap menjadi salah salah satu negara termiskin dan paling terbelakang di dunia. Kondisi perekonomian negara ini semakin diperparah dengan berabagai macam problematika hidup penduduknya seperti pecahnya perang saudara hingga gizi buruk yang banyak menimpa anak-anak.

 

 

9. AFGANISTAN - $800 (GDP per kapita)

Afghanistan ialah sebuah negara yang relatif miskin, sangat bergantung pada pertanian dan peternakan. Ekonominya melemah akibat kerusuhan politik dan militer terkini, tambahan kemarau panjang merupakan kesulitan bangsa antara 1998-2001. Sebagian penduduk mengalami krisis pangan, sandang, papan, dan minimnya perawatan kesehatan. Kondisi ini diperburuk oleh operasi militer dan ketidakpastian politik. Inflasi menyisakan banyak masalah.

Kabul, Afghanistan

Kabul,afganistan

Lebih dari 70% penduduknya hidup dengan kurang dari $2/harinya. Perekonomian Afghanistan yang porak-poranda oleh perang tetap bergantung pada poppy. Negara ini ialah penghasil opium (karet kering yang disarikan dari sari biji poppy) terkemuka di dunia.  Opium merupakan bahan dasar pembuatan heroin.

http://lh5.ggpht.com/_BRnmLyhNSUA/TDk_APofH7I/AAAAAAAAAOY/FiTheooV4XA/afghanistan.JPG

Inside the Red Cross hospital in Kabul children wake up from the nightmare of stepping on landmines while trying to bring home food for their mothers, brothers and sisters.

 

 

8. REPUBLIK AFRIKA TENGAH - $700 (GDP per kapita)

http://lh3.ggpht.com/_BRnmLyhNSUA/TDk_AdnoArI/AAAAAAAAAOg/wC3rwAB6qGk/rebel.JPG

 

Di negara yang beribu kota di Bangui ini kesejahteraan penduduk sepenuhnya bergantung pada bantuan luar negeri dan berbagai organisasi nirlaba. Seperti kebanyakan negara-negara miskin lainnya, masalah gizi buruk dan kelaparan ialah salah satu persoalan yang dihadapi.

 

Banyaknya pemilik lahan yang menjual hasil panennya ke luar negeri menjadi salah satu  faktor mengapa negara ini kekurangan pangan. Di tahun 2006, ketika terjadi pemberontakan hebat di negeri ini, sekitar 5000 orang mati kelaparan.

 

 

7. ERITREA - $700 (GDP per kapita)

Lokasi Eritrea memberinya keuntungan mengendalikan rute laut melalui Terusan Suez. Inilah sebabnya mengapa Italia mendirikan koloninya hanya setahun setelah pembukaan kanal pada tahun 1869 dan mengapa Inggris menaklukkannya pada tahun 1941. Eritrea ialah negara yang dituduh oleh Amerika Serikat karena diduga memiliki hubungan dengan teroris. Pada tahun 2009 Menteri Luar Negeri AS, Hillary Clinton, menuduh Eritrea memasok senjata kepada kelompok militan al-Shabab Somalia yang diyakini memiliki hubungan dengan Al Qaeda.

 

Dalam sejarah diketahui bahwa Firaun Mesir  banyak mendatangkan gajah dari negara ini sebagai salah satu unit perangnya. Namun akhir-akhir ini populasi gajah hampir punah. Selama 1955 dan 2001 tidak ada gajah-gajah yang terlihat. Diyakini hewan tersebut hampir punah karena menjadi salah satu korban perang yang sedang berlangsung di Eritrea.  Sebagai tambahan informasi, di negara ini hanya memiliki 824 sekolah dan 2 universitas.

http://lh6.ggpht.com/_BRnmLyhNSUA/TDlLsJUY5XI/AAAAAAAAAO4/zMbXU-lCY4s/guine.JPG

 

 

6. NIGER - $700 (GDP per kapita)

Di negara yang beribu kota di Niamey ini lebih dari 80% lanskapnya tertutup oleh luasnya gurun sahara. Sementara di sekitar sungai Niger, savana banyak dijumpai. Lebih dari 5000 tahun yang lalu lahan tersebut sebenarnya ditutupi dengan padang rumput subur. Namun perubahan telah terjadi di 2000 tahun terakhir.

 

Luas negara ini dua kali ukuran Prancis, namun dari 10.000 km panjang jalan raya yang dimiliki, kurang dari 800 km yang diaspal. Semua jalan beraspal berada di dalam kota. Tidak ada jalan beraspal yang menghubungkan kota satu sama lain. Niger adalah eksportir terbesar uranium. Sama seperti negara-negara miskin lainnya, hanya sekitar 1 dari 4 orang yang pernah bersekolah. Alutsista Niger juga sangat minim, dimana negara ini hanya memiliki sekitar 12.000 tentara dan 4 pesawat terbang!

http://lh3.ggpht.com/_BRnmLyhNSUA/TDlLsS0Y7GI/AAAAAAAAAPA/CJe7FA8g38s/Niger.JPG

 

 

5. GUINEA-BISSAU - $600 (GDP per kapita)

Sebagai salah satu negara dengan GDP per kapita terendah, lebih dari dua-pertiga dari penduduknya hidup di bawah garis kemiskinan. Perekonomian terutama bergantung pada pertanian, perikanan, kacang mete dan kacang tanah sebagai ekspor utama. Suatu periode panjang ketidakstabilan politik telah menyebabkan aktivitas ekonomi tertekan, memburuknya kondisi sosial, dan meningkatkan ketidakseimbangan makro-ekonomi.

 

Setelah beberapa tahun kemerosotan ekonomi dan ketidakstabilan politik, pada tahun 1997, Guinea-Bissau memasuki sistem moneter CFA Franc , yang menyebabkan stabilitas moneter internal. Perang sipil yang terjadi pada tahun 1998 dan 1999 dan kudeta militer pada bulan September 2003 kembali menggangu kegiatan ekonomi.

 

Mulai sekitar 2005, para pengedar narkoba yang berbasis di Amerika Latin mulai menggunakan Guinea-Bissau, bersama dengan beberapa negara tetangga Afrika Barat, sebagai titik transshipment ke Eropa untuk pengedaran kokain.

http://lh6.ggpht.com/_BRnmLyhNSUA/TDlLsf1fTyI/AAAAAAAAAO8/cCe_H_RuAvo/erirea.JPG

 

 

4. SOMALA - $600 (GDP per kapita)

Tidak seperti kebanyakan negara Afrika lainnya, Somalia belum pernah secara resmi dijajah oleh negara manapun. Upaya Kerajaan Inggris untuk membangun koloni di sana berhasil dihalau. Sementara Somalia yang terletak di Afrika Timur itu memiliki hubungan dekat dengan dunia Arab karena sebagai salah satu anggota Liga Arab. Mungkin karena latar belakang Islam, Somalia memiliki salah satu tingkat penderita HIV dan infeksi AIDS  terendah. Somalia menjalin persahabatan dengan Uni Soviet untuk membangun militer terbesar di Afrika. Namun sayangnya itu terbukti tidak efektif untuk menahan perang sipil yang pecah pada tahun 1991.

http://lh3.ggpht.com/_BRnmLyhNSUA/TDlLsjjfqQI/AAAAAAAAAPE/yZJ6j-XsicI/Somalia1.JPG

Dalam beberapa tahun terakhir orang-orang miskin di Somalia telah menemukan cara baru untuk mendapatkan uang. Hal tersebut tak lain dengan cara pembajakan kapal internasional dan mengambil kru dan kargo sebagai sandera. Pembajakan di Somalia telah menjadi begitu umum. Ketika anak-anak muda tumbuh dewasa mereka ingin menjadi bajak laut karena di situlah uang berada. Perusahaan internasional diwajibkan membayar uang tebusan kepada bajak laut  antara 1-20 juta dolar hanya untuk mendapatkan kapal kembali. Bahkan tebusan untuk sebuah kapal tanker yang mengangkut minyak dapat senilai seratus juta dolar.

http://lh4.ggpht.com/_BRnmLyhNSUA/TDnPCIQOyuI/AAAAAAAAAPg/sdFe2oYCLAs/2896428092_31b9f9153a.jpg

 

 

3. LIBERIA - $500 (GDP per kapita)

Liberia adalah salah satu dari sedikit negara di Afrika yang belum dijajah oleh bangsa Eropa. Sebaliknya, Liberia didirikan dan dijajah oleh para budak yang melarikan diri dari Amerika. Budak ini terdiri elite negara dan mereka mendirikan pemerintahan yang mirip dengan Amerika Serikat.

 

Pada tahun 1980 presiden Liberia digulingkan dan diikuti periode perang sipil. Setelah memakan korban ratusan ribu orang, Liberia berada dalam krisis ekonomi yang mendalam. Statistik menunjukkan bahwa sekitar 90% dari penduduk hidup di bawah $ 1,25 /hari. Sebagai salah satu dari 3 negara termiskin di dunia, Liberia memiliki tingkat pengangguran mencapai 85%.

http://lh6.ggpht.com/_BRnmLyhNSUA/TDnPBnkiJcI/AAAAAAAAAPQ/5KMMsRHT6E4/4759692801_11573993d4.jpg

 

 

2. BURUNDI - $300 (GDP per kapita)

Perang antar suku menjadi pemandangan yang selalu dapat dijumpai di sini. Burundi sangat miskin dikarenakan mereka tidak pernah benar-benar punya waktu untuk damai diantara perang sipil yang abadi. Korupsi, akses masyarakat miskin terhadap pendidikan, dan persentase yang tinggi dari HIV dan AIDS adalah semua hal yang dikenal mengenai Burundi.

 

Sekitar 80% dari penduduknya hidup dalam garis kemiskinan dan menurut Program Pangan Dunia 57% dari anak di bawah 5 tahun menderita kekurangan gizi kronis. 93% dari pendapatan Burundi berasal dari penjualan ekspor kopi. Menurut sebuah penelitian yang dilakukan di 178 negara, penduduk Burundi memiliki kepuasan hidup terendah di dunia dan hampir seluruhnya hidup bergantung pada bantuan asing.

http://lh3.ggpht.com/_BRnmLyhNSUA/TDnPBjd_r_I/AAAAAAAAAPU/sO0C3DQJoeg/3546871752_66652b3416.jpg

 

 

1. REPUBLIK DOMINIKA KONGO - $300 (GDP per kapita)

Negara ini dulunya dikenal dengan nama Zaire (diantara tahun 1971-1997). Negara yang menggunakan bahasa Prancis sebagai bahasa resminya ini kondisinya porak-poranda oleh perang. Perang Kongo kedua pecah pada tahun 1998. Perang yang melibatkan setidaknya 7 tentara negara asing ini adalah konflik paling mematikan di dunia sejak Perang Dunia II dimana telah menewaskan 5.400.000 orang. Di Afrika perang ini disebut sebagai Perang Dunia Afrika. Diperkirakan pada tahun 2010 setidaknya 45 000 orang di Kongo tewas setiap bulannya.

http://lh4.ggpht.com/_BRnmLyhNSUA/TDnPB47HT9I/AAAAAAAAAPY/ua-keGpQCsc/3724064096_f7c80cce69.jpg

Kongo juga dikenal sebagai salah satu tempat terakhir di bumi yang memiliki suku kanibal.  Seseorang dari suku Mbuti kerdil berkisah bahwa orang-orang mereka diburu dan dimakan seperti binatang oleh suku-suku tetangga. Memakan manusia adalah cara untuk bertahan hidup dalam kelaparan yang mempengaruhi sekitar 67% dari populasi. Kongo juga diyakini sebagai tempat terburuk di dunia untuk wanita, karena ia memiliki tingakat pemerkosaan  paling tinggi dalam setahun. Warga setempat percaya bahwa “tidur” dengan seorang gadis perawan akan menyembuhkan AIDS.

http://lh6.ggpht.com/_BRnmLyhNSUA/TDnPCJ4szYI/AAAAAAAAAPc/UZ8kV5RqLtg/kongo.JPG

 

Demikianlah daftar 10 negara termiskin berdasarkan pengukuran GDP per kapita menurut CIA World Factbook. Saya tidak tahu pasti apakah hasil kalkulasi dan perangkingan diatas sama dengan data yang dirilis oleh IMF. Namun yang pasti, data dari CIA World Factbook diatas sangat layak untuk dijadikan referensi yang valid dan memiliki kredibilitas.

 

Oh ya, mungkin ada yang bertanya, di ranking berapakah posisi Indonesia dalam daftar tersebut?

 

Ternyata Indonesia nangkring di posisi 155 dari 227 negara yang terdaftar. Indonesia yang memiliki $4000 GDP per kapita masih berada jauh di bawah negara tetangga Singapura (rank 8 dengan $50.300), Malaysia (rank 77 dengan $14.800) dan Thailand diposisi 120. Namun posisi Indonesia masih sedikit lebih tinggi dibanding Filipina dan Vietnam. Entah, kita harus senang atau sedih melihatnya?

Rabu, 26 Januari 2011

Imam Muda Membantah Kenyataan Lee Kuan Yew

Imam Muda Membantah Kenyataan Lee Kuan Yew

Ada yang agak moderat dari beberapa insan yang saya kasihi bertanyakan pendapat saya berkenaan kenyataan Bekas Perdana Menteri Singapura baru-baru ini.Suatu ketika, sewaktu rancangan Imam Muda sedang berlangsung, kami dipanggil untuk bersama wartawan antarabangsa bagi menyatakan hala tuju Imam Muda.



Islam moderat antara isu yang amat diminati oleh mereka. Dengan pakaian  sut yang dikenakan, bersama ‘neck tie’ membuatkan wartawan luar Negara secara sendirinya melabel kami sebagai Islam Moderat. Walaupun ianya bukanlah satu deklarasi dari kesemua Imam Muda. Namun, pakaian kadang-kadang mencerminkan label tertentu. Walaupun bagi saya secara peribadi, jiwa moderat itu tidak memesrlukan sebarang uniform. Mungkin disebabkan anggapan kami agak ‘moderat’, maka sidia mengharapkan kata setuju dari saya berkenaan kenyataan Lee Kuan Yew tersebut.
Hasilnya, ada yang menyatakan persetujuan dengan apa yang diucapkan oleh Bekas Perdana Menteri Singapura terbabit. Walaupun ianya lahir dari surat beranak seorang berjenama Muslim. Ia meminta pandangan terhadap isu ini dari saya samada bersetuju ataupun tidak.
Berdasarkan keratan akhbar baru-baru ini :
“Singapore’s founding father Lee Kuan Yew has urged local Muslims to “be less strict on Islamic observances” to aid integration and the city-state’s nation-building process.
Kenyataan ini sebenarnya menghiris hati umat Islam secara tidak langsung. Penegasan secara mafhum mukhalafahnya bermaksud “Sekiranya anda Muslim yang benar-benar mengamalkan Islam secara tulen, maka anda sukar untuk disatupadukan dengan pengganut agama lain”.
Ya, Islam memang mempunyai prinsip tersendiri dalam berhubung sesama agama. Islam dari awal lagi meletakkan garis panduan dan tatacara integrasi agama. Walaupun ada beberapa kenyataan yang menunjukkan ketegasan umat Islam terhadap agama lain, namun ianya sama sekali tidak menyatakan konfrontasi malah menyeru berbuat baik sesama pengganut agama.
Firman Allah tentang umat yang terbaik : “Muhammad adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengannya adalah sangat tegas terhadap orang-orang kafir dan belas kasih (saling menyayangi) di antara mereka sendiri” (Al-Fath:29),
Dan firman Allah SWT lagi dalam mendeskripsikan orang-orang yang dicintai Allah dan mereka mencintai Allah yang bermaksud : “Senantiasa tunduk dan hormat terhadap orang-orang beriman dan tegas dihadapan orang-orang kafir” (Al-Maidah:54).
Walaupun ayat ini mengisyaratkan Islam bertegas dalam beberapa prinsip, namun ia tidak pernah menghalang dari berbuat baik dan bertoleransi sesama agama. Ini jelas di dalam firman Allah SWT :
Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan Berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu”. (Al-Mumtahanah : 8)
Jika kenyataan Lee Kuan Yew yang mahu melihat penganut Islam melonggarkan pegangan agama mereka, maka ini lebih berbahaya kepada Negara Singapura itu sendiri. Kerana orang yang benar-benar mengamalkan Islam, sudah pasti tidak akan mengabaikan ayat al-Quran ini. Maka mereka (orang yang benar-benar mengamalkan Islam) inilah yang akan mempertahankan sikap integrasi sesama agama di Singapura.
Lee Kuan Yew juga berkata :
“I would say today, we can integrate all religions and races except Islam,”
Kenyataan ini sekali lagi membuatkan kita ketawa. Ia seolah-olah dengan sendiri membuka pekung menunjukkan bahawa kegagalan beliau memahami perasaan umat Islam di Singapura yang selama ini di anak tirikan. Kebebasan beragama telah disekat. Azan dihadkan suaranya. Muslim dipersendakan.
Anaknya Lee Hsien Loong menegaskan (Februari 1987):  “..Malays do not hold sensitive positions in the armed forces…no Malay fighter pilots, for example, because of their religion might conflict with their duty to Singapore.” Dalam konteks yang sama akhbar Straits Times, Singapore bertarikh 9 September, 1999 melaporkan:  If for instance, you put a Malay officer who’s very religious and who has family ties in Malaysia, in charge of a machine gun unit, that’s very tricky business.
Dalam tesis doktoral Lily Zubaidah Rahim berjudul ‘The Singapore Dilemma’ beliau menegaskan: All these measures undertaken ensure that the Malays, no matter dissatisfied, can never gather enough electoral support to push for their agenda. Dalam konteks Melayu –Muslim dasar Kerajaan Singapura adalah jelas, iaitu pecah perintah atau pecah takluk (divide and rule/divide and conquer) .
Walaupun terdapat peruntukan perlembagaan untuk melindungi agama orang Melayu, Muslim tidak bebas mengamalkan agama mereka. Dalam rencana ‘Assessment for Malays in Singapore’ dicatatkan:  The Malays face restrictions on the practice of their religion and the celebration of group holidays.
Ibarat pepatah arab ‘anda memukul anda yang menangis’. Anda yang me’nyah’kan sikap dalam berintegrasi dengan penduduk Muslim. Anda pula yang mengkritik penganut Muslim. Kalau ini cara pemikiran seorang yang bersikap tidak mempedulikan sensitivity Umat Islam, maka anda tidak selayaknya bercakap soal integrasi.
Walaubagaimanapun, di Singapura, Masjid mereka lebih bermagnet. Semangat Muslim disana ramai yang berkayu cengal. Mungkin itu resam manusia. Bila diketuk makin memantul. Buku yang telah dilancarkan tersebut  yang bertajuk “Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going”, perlu dibaca dan diteliti agar sejarah lama tidak berulang dan ianya satu peringatan untuk kita semua.

Bertindik Telinga, Lidah, Pusat

Hukum asal bagi perhiasan sama ada yang berada pada tubuh badan, pakaian atau tempat tinggal adalah halal dan dibenarkan. Ini berdasarkan kepada dalil-dalil yang menyatakan tentang nikmat kurniaan Allah kepada hamba-hambaNya. Didalam surah al-Baqarah ayat 29 yang bermaksud : “Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu apa yang ada di bumi kesemuanya”
Antara salah satu contoh perhiasan yang diamalkan ialah menindik anggota badan dengan meletakkan barang perhiasan, samada berbentuk emas, perak berlian dan sebagainya.



Amalan bertindik merupakan satu amalan yang mula menjadi trend remaja masakini. Kebiasaan masyarakat Melayu di Malaysia sejak dahulu mengenali amalan bertindik ini hanya terbatas di bahagian telinga. Namun, masa merubah segala dengan perkembangan teknologi dan pengaruh budaya luar membuatkan semakin ramai yang bertindik di bahagian selain d
ari telinga, seperti di pusat, lidah, bibir dan kening. Malah ianya sudah mula melarat kepada golongan lelaki.
Sebenarnya perbuatan bertindik ini merupakan suatu amalan yang sudah dikenali pada zaman Rasulullah SAW. Ini dapat dilihat pada hadis riwayat al-Bukhari  daripada Ibn Abbas katanya : Pada suatu hari raya, selepas baginda Nabi SAW solat dan berkhutbah, Baginda SAW pergi menuju ke kawasan perempuan dan memberi tazkirah khas kepada golongan wanita. Sambil Baginda SAW menyeru supaya mereka semua bersedekah. Ibn Abbas mengatakan bahawa : Aku melihat mereka mengisyaratkan kepada telinga-telinga mereka dan leher mereka. Lalu menyerahkan ( barang perhiasan mereka ) kepada Bilal RA.
Di dalam hadis berkenaan, isyarat yang diberikan oleh wanita-wanita (sahabiyyah ) berkenaan adalah anting-anting. Ianya merupakan perhiasan yang sudah diketahui umum merupakan perhiasan sejak dari zaman awal Islam. Dan perhiasan ini merupakan perhiasan khusus kepada golongan wanita.
Disebabkan itulah golongan lelaki dilarang dari menindik telinga mereka kerana ianya dengan jelas menyalahi kebiasaan perhiasan bagi lelaki. Kerana anting-anting itu sudah menjadi perhiasan khusus kepada wanita. Penyerupaan lelaki dengan mengenakan perhiasan wanita adalah suatu yang dilarang di dalam Islam. Ini berdasarkan kepada hadis Nabi SAW riwayat al-Bukhari dari Ibnu Abbas mengatakan : Nabi SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. Pendapat ini juga disokong oleh Syeikh Ibnu Hajar al-Haitami di dalam kitab karangan beliau Tuhfatul Muhtaj yang mana beliau mengharuskan tindik itu bagi perempuan dan haram bagi lelaki .
Begitu juga pandangan ulama kontemporari seperti Dr Mustafa al-Khin dan Dr Mustafa al-Bugha dalam kitab mereka Fiqh Manhaji ‘Ala Mazhab al-Imam al-Syafie’, yang meletakkan contoh khusus perbuatan lelaki menyerupai wanita adalah dengan mengenakan anting-anting di telinga.
Itu permasalahan menindik telinga. Bagaimana pula dengan keadaan orang yang menindik di kawasan selain telinga? Boleh atau tidak.
Perbuatan menindik selain dari kawasan telinga tidak pernah didengari pada zaman Nabi dan Salafussaleh. Namun ianya bukanlah jawapan yang menunjukkan keharusan amalan ini. Walaupun ianya tidak dibincangkan secara khusus didalam nas yang jelas, namun perkembangan fiqh Islam tetap berkembang dalam menjawab setiap persoalan baru yang timbul hasil ijtihad para ulama semasa.
Islam mendatangkan kaedah umum dalam etika berhias. Antaranya ialah, perhiasan yang dikenakan oleh mana Muslim mestilah tidak digambarkan seolah-olah ianya meniru atau menyerupai orang kafir atau golongan fasiq.
Dalil bagi syarat ini ialah sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : “Sesiapa yang menyerupai suatu golongan itu, maka ia tergolong dari golongan tersebut”. (Riwayat Imam Abu Daud dari Ibnu ‘Umar r.a.).
Menurut Imam Ibnu Kathir, hadis ini merupakan larangan keras terhadap perbuatan meniru orang kafir sama ada dalam ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan, ibadah dan sebagainya yang tidak disyariatkan untuk kita (umat Islam).
Ia bukan sahaja mengkhususkan kepada penyerupaan dengan orang kafir sahaja. Namun termasuk juga disini dalam meniru perbuatan orang yang fasiq (iaitu orang yang biasa dalam melakukan maksiat). Jelasnya disini, amalan bertindik selain anggota telinga ini merupakan amalan yang diambil bukan daripada golongan para solehin. Apatah lagi ianya hasil dari ikutan budaya negatif remaja di barat yang jelas jauh dari adat budaya tatasusila seorang Muslim.
Islam melarang kita untuk meniru kebiasaan dan gaya hidup tertentu yang dilakukan oleh orang lain tanpa membawa manfaat yang jelas. Apatah lagi ianya menyeksa diri dan juga dibuktikan boleh memberi kesan sampingan terhadap kesihatan tubuh badan dan mampu mendekatkan si pelaku dengan jangkitan Hepatitis B (rujuk ; http://www.bphealthcare.com, 2 Mac 2007 )
Sebenarnya permasalahan ini sudahpun dijawab didalam Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam, terbitan Bahagian Pengurusan Fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Cetakan Pertama 2009, hal. 51, dengan menyatakan bahawa : “Perbuatan berhias secara aneh dan berlebih-lebihan seperti bertindik anggota badan selain daripada cuping telinga adalah dilarang oleh Islam.
Apapun di sini, etika berhias yang terbaik adalah pakaian taqwa. Semoga dengan mengikut suri teladan terbaik iaitu baginda Nabi SAW, maka membuatkan kita terselamat dari segala kecintaan melebihi dari cinta kepada Baginda.

Jumaat, 21 Januari 2011

Tips nak jadi Imam Muda?

Tips nak jadi Imam Muda?

Audition Imam Muda musim kedua semakin hampir. Kebetulan saya terpaksa menghadiri banyak program luar. Jadi saya tidak berkesempatan untuk mengikuti Audition yang berjalan ke seluruh negara. Namun, insyaAllah saya akan menjadi sebahagian dari pemerhati untuk Audition di Kuala Lumpur.
Apakah tips untuk sesi temuduga :
1 ) Peringkat Pertama
-Anda, dikehendaki membaca Surah al-Fatihah secara berlagu. Seperti anda menjadi seorang imam solat. Tajwid suara, fasohah itu perkara yang dilihat.
-Namun kelebihan akan diberikan kepada yang mempunyai kehalusan dan kesenian dalam pembacaan.
-Antara tips untuk memilih lagu. Kebanyakkan juri lebih suka anda membaca tanpa meniru mana-mana Syeikh atau Qari atau imam-imam yang sudah masyhur. Anda akan dinilai baik, sekiranya anda mempunyai gaya bacaan tersendiri. Serta kemampuan anda untuk mempelbagaikan gaya suara dan lagu.
- Sekiranya juri tidak berpuas hati untuk menilai suara anda, maka mereka akan cuba menyuruh anda membaca surah yang lain.
- Boleh jadi mereka akan menyuruh anda bernasyid, marhaban ataupun bertarannum. Sila bersedia dengan lagu nasyid tersendiri.
2 ) Peringkat Kedua
- Anda akan diadili oleh 2 orang panel. Antaranya yang melihat gaya anda bercakap serta keterampilan anda. Ada juga hakim yang akan menilai daya keintelektualan anda dari segi pengetahuan am dsb. Ada juga hakim yang akan mengadili cara anda berhujjah dan juga menyampaikan syarahan.
- Sila bersedia untuk berucap menggunakan bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan bonus kepada siapa yang boleh berbahasa lain dari yang disebutkan tadi.
- Sila bersedia mengetahui nama-nama negara dan ibukota seluruh dunia, matawang, nama pemimpin-pemimpin negara, serta isu-isu terkini.
- Anda juga perlu kreatif untuk menyelesaikan masalah yang akan diutarakan kepada anda. Gunakan pendekatan luar biasa dalam menyelesaikan masalah tersebut.
- Pastikan anda bijak bermain-main dengan kamera.
3 ) Peringkat Ketiga
- Jawab soalan yang akan diberikan kepada anda melalui borang yang tertera. Boleh jadi ianya setebal yang mungkin.
- Jawab dengan menyatakan siapa diri anda sebenar. Bukan anda menyatakan diri orang lain, ataupun malaikat untuk dinisbahkan kepada diri anda.
- Jadilah diri anda, bukan diri saya, bukan juga hizbur, nuri ataupun Aran.
Cukup sahaja setakat ini tips ringkas dari saya jika anda berminat untuk menjadi Imam Muda. Ini adalah tips menghadapi penemuduga. Namun untuk menjadi Imam Muda anda perlulah bersedia luar dan dalam. Antaranya :
- Ikhlas, bersedia untuk tidak kaya, bersedia menerima kutukan (atau kata minami dlm DOREMI, ‘tahan maki ), bersedia untuk tidak tidur malam, bersedia untuk tidak makan seharian, bersedia untuk tidur di dalam kereta, bersedia untuk senyum setiap masa, bersedia untuk jarang bersama keluarga dan banyak lagi persediaan yang tak mampur terhurai…senang cerita, hilangkan negatif, fikir positif. Anda sebenarnya MAMPU!!

- Banyakkanlah makan vitamin, jogging lebih kerap, tidur lebih cukup dan makan lebih kenyang. Kerana kemungkinan jika anda layak bergelar Imam Muda, anda tidak akan bertemu dengan saat indah seperti ini.
Senang cerita…anda masuk Imam Muda bukan untuk diri anda, namun untuk orang lain. Bukannya apa yang akanku dapat dengan Imam Muda, namun apakah yang akanku mampu beri dengan gelaran Imam Muda..Ingat, ini bukan pilihan juri semata, namun ianya melibatkan pilihan Allah SWT.
“Anda beruntung kerana anda tahu apakah itu Imam Muda dan apakah tips audition Imam Muda, berbanding kami dahulu yang redah serbu tak pakai helmet!!!…Wasalam..

Ahad, 16 Januari 2011

Solat Pakai Kasut?

Ada seorang jemaah masjid baru-baru ini mengadu kepada saya tentang satu kem solat yang mengajar peserta solat diatas padang dan memakai kasut. Juga difesyenkan dengan jersi berpeluh dan seluar berlumpur.
“Kalau tak dapat tempat yang sesuai nak buat program, janganlah pandai-pandai buat mazhab baru” kata lelaki tersebut.
Saya tersenyum dan cuba menenangkan lelaki yang kuat beragama dan bersemangat itu. Benar ianya suatu yang baru bagi yang jarang melihatnya. Namun yang baru dan jarang dibuat orang itu bukan semestinya haram.



Syeikh Muqbil bin Hadi al-Wadi’e dalam kitabnya Majmu’ Rasa’il ‘Ilmiyyah telah mengatakan bahawa solat dengan memakai sepatu merupakan suatu sunnah yang sudah dilupakan.
Ibnu Muflih dalam kitabnya al-Aadaab Al-Syar’iyyah Jil 3 hlm 511 telah meletakkan bab khusus ” Fasl Istihbab Salah fi Ni’al (Perihal Disunnahkan solat dengan memakai kasut). lalu dia berkata Syeikh Ibn Taimiyyah menyebutkan bahawa solat dengan memakai sandal atau sejenisnya itu disunnahkan.
Ada hadis berkenaan bab ini dari Abu Maslamah Said Bin Yazid Al-Azyid ra katanya, “aku pernah bertanya Anas bin Malik adakah Rasulullah SAW pernah solat dengan memakai kasut?” Anas menjawab “Ya!” (Hadis riwayat Imam Bukhari no. 386, Muslim no. 555 dan dalam sunan Tirmidzi n0. 396)
Kemudian Abu Maslamah mengatakan bahawa para ulama sepakat mengamalkannya.
Begitu juga hadis dari Abdullah bin ‘Amr bin al-Ash dia berkata : ” Aku pernah melihat Rasulullah mengerjakan solat dengan kaki telanjang (tidak berkasut) dan berkasut”. Hadis riwayat Ahmad no.6627, Abu Daud no.653, Ibn Majah no. 1038.
Abu Sa’id al-Khudri meriwayatkan bahawa suatu ketika Rasulullah SAW mengerjakan salat, beliau membuka kedua kasutnya, lalu orang-orang yang ada dibelakang beliau pun membuka kasut mereka. Selesai solat, beliau bertanya : Kenapa kamu semua membuka kasut kamu? Mereka menjawab : Wahai Rasulullah SAW, kami melihat engkau membuka kasut, sebab itu kami juga membuka kasut. Beliau berkata : “Sesungguhnya Jibril mendatangiku, lalu memberitahuku bahawa ada kotoran ( Najis ) di kedua kasutku. Jika salah seorang diantara kamu mendatangi masjid, maka tengklah kasutnya. Kemudian lihatlah, jika ada kotoran (najis) pada keduanya, maka gosok-gosokkanlah ke tanah, setelah itu solatlah dengan memakai keduanya”. hadis riwayat Ahmad no. 1153, Abu Daud no. 605, Ibn Khuzaimah no. 1017. Pentahqiq kitab al-Musnad Imam Ahmad mensahihkannya.
Beberapa ulama Hadis ada menerangkan berkenaan isu ini.
  1. Imam Tirmidzi didalam kitab sunannya ketika meriwayatkan hadis pertama diatas berkata “Didalam bab ini terdapat hadis dari Abdullah Ibnu Masud,Abdillah bin Habibah,Abdillah bin Amr,Amr Bin Huraits,Syaddad bin Ans,Ats Tsaqafi,Abu Hurairah dan Atha’ dari bani hanidah.Dan hadis ini diamalkan oleh para ahli ilmu.
  2. Imam al-Iraqi didalam syarahnya terhadap kitab sunan Imam Tarmidzi Bahawa solat dengan memakai kasut diamalkan dan disukai oleh Umar Al-khatab,Uthman Ibnu Affan,Abdullah Ibnu Abbas,Anas bin Malik,Salamah bin Al-Akwa dan Aus ibnu Ath-Tsaqafi (RA)
Sabda Nabi Muhammad SAW “Berperilakulah yang berlawanan dengan orang-orang yahudi kerana mereka tidak mengerjakan solat dengan memakai sandal atau kasut mereka”(Hadis dari Syaddan binAus dari Ayahnya,Sunan Abu Daud no:622)..Hadis ini diucapkan oleh nabi disebabkan pada awal penghijrahan umat Islam ke Madinah ketika itu di Madinah sudah ada kaum Yahudi yang tinggal disana.
Dan ada sebahagian kita akan ragu-ragu dengan sunnah ini tapi kita kena ingat bahawa Sunnah Nabi adalah lebih utama kita ikuti dari pandangan kita sendiri atau keraguan nafsu.Imam Ibnu Qoyim menyatakan dalam hal ini “Diantara yang tidak menyenangkan hati orang yang was-was ialah solat dengan berkasut padahal ianya a adalah sunnah Nabi SAW dan para sahabat,.Imam Ahmad pernah ditanya mengenai solat berkasut, maka katanya “Demi Allah solat berkasut itu adalah baik benar”
Kenyataan saya ini bukanlah ingin mempromosi solat dengan memakai kasut. Bukan juga tidak lama lagi saya ingin mengeluarkan produk ‘kasut untuk solat’. Tidak sama sekali. Apatah lagi hendak menyeru orang ramai masuk kedalam masjid dengan memakai kasut memijak marmar, karpet, kayu yang indah-indah semata-mata mahu mengamalkan sunnah. Kalau saya jadi Tok Imam Masjid pun marah masuk pakai kasut. Kasihankan tok siak masjid. Namun ianya sekadar jawapan yang ditanya oleh beberapa pihak yang menolak dengan keras perilaku solat dengan memakai kasut walau diatas padang, dan ditempat yang sukar dihamparkan sejadah seperti adat kebiasaan kita turun temurun.
Saranan saya, kalau boleh buka kasut, buka sahaja untuk mengelakkan fitnah dari tersebar di kalangan masyarakat. Namun sekali sekala proses mempromosikan sunnah yang ditinggalkan ini juga perlu dilakukan dengan hikmah. Ini kerana, takut-takut, kita mengeji, menghina, mengutuk sesuatu yang bukan atas dasar ilmu. Sedangkan ianya merupakan sunnah dan petunjuk dari Nabi SAW.
Ayuh kita tenang dalam meletakkan hukum kepada manusia…

Jumaat, 14 Januari 2011

Mewajibkan ‘Forward’ Sms, Email dan Surat Berantai

Sudah terlalu kerap. Malah selayaknya dibuat satu amalan khas kepada budaya umat Islam untuk meng’forward’kan sms, email dan surat yang mempunyai elemen agama .




Gambar hiasan
“Sila sebarkan SMS ini. Kalau tidak kamu akan ditimpa bencana daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala.”
“Jika anda mahukan kejayaan yang akan dikurniakan Allah SWT maka jangan tunggu lama-lama untuk forward kan email ini kepada 20 orang. Sudah pasti akan datang ganjaran tanpa anda duga”
Ayat-ayat sedemikian telah membuatkan kita berasa ragu-ragu untuk tidak melakukan apa yang diugut oleh orang yang menghantar sms dan email itu kepada kita. Malah kita kononnya beranggapan mungkin rezeki yang dikurniakan Allah SWT sepatutnya dilaburkan kepada usaha penyebaran maklumat agama ini. Apatah lagi email yang tidak mengurangkan walau sesen pun duit poket kita.
Ada juga surat berantai yang kadang diterima kononnya dari pemegang anak kunci makam Rasulullah SAW. Ada yang dinamakan dengan Syeikh Ahmad. Ada yang dinamakan dengan Syeikh Omar. Namun setelah ditanya kepada penduduk Madinah berkenaan orang ini maka mereka secara terus menerus menyangkal dakwaan ini. Penduduk Madinah sendiri tidak pernah mengenali nama orang tersebut. Ini merupakan satu pembohongan. Perkara ini juga telah dinyatakan secara khusus di dalam bab akidah oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi didalam kitab Fatawa Muasarah beliau.
Perkara yang dipertikaikan adalah bagaimana mereka boleh membuat satu jaminan kebahagiaan (pahala) dan jaminan ‘bala’ atau bencana jika tidak menyebarkan petikan tersebut. Secara ringkasnya disini, saya simpulkan mengapa ianya berbahaya kepada agama dan perlu dikikis dari budaya remaja kita yang bergelumang dengan teknologi. Walaupun mereka ini bersemangat dalam beragama, namun semangat sama sekali tidak di’halal Jakim’kan sekiranya ia melanggar disiplin keilmuan Islam.
1) Menafikan Kesempurnaan dalam Agama Islam
Didalam surat berantai, Sms dakwah, email islamik yang mempunyai dakwaan dan amaran yang bukan berasal dari al-Quran dan as-Sunnah. Ini menggambarkan seolah-olah agama Islam itu belum sempurna dan memerlukan kesempurnaan lain dengan amaran dan dakwaan daripada manusia lain selepas kewafatan Nabi SAW. Didalam surah al-Maidah : 3 : Bermaksud :
Pada hari ini telah Aku sempurnakan kepada kamu agamamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu ke atas kamu, dan Aku telah redha Islam itu sebagai agama kami”.
2) Mewajibkan dan mengharamkan sesuatu yang tidak datangnya daripada al-Quran dan Sunnah.
Ini seolah-olah kita mewajibkan dan mengharamkan sesuatu yang tidak pernah disuruh di dalam agama. “Jika anda tidak menyebarkan maklumat ini maka anda akan mendapat musibah”. Siapakah kita dalam mewajibkan dan mengharamkan? Firman Allah dalam Surah an-Nahl : 116 , bermaksud :
“ Dan janganlah kalian mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidah kalian secara dusta, “Ini halal dan ini haram”, untuk mengadakan pembohongan terhadap Allah SWT. Sesungguhnya orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tidak akan beruntung.”
3) Adakah kita ‘sang pencipta’ syariat yang baru?
Sebahagian sms dan email yang menjadikan emailnya merupakan suatu ketentuan hukum. Malah boleh pula kita menetapkan bilangan tertentu untuk di’forward’. Sebagai contoh, “anda dikehendaki menyebarkan mesej ini kepada 20 orang yang anda kenali seminggu selepas anda mendapat maklumat ini”. Bukankah kita seolah-olah menjadikan diri kita ini seperti ‘sang pencipta’ syariat yang baru. Firman Allah SWT di dalam surah al-Syura : 21 yang bermaksud :
“Apakah mereka mempunyai sembahan selain Allah yang menetapkan aturan agama bagi mereka yang tidak diizinkan (diredhai) oleh Allah?”
4) Tidak mengenal pasti siapakah penyebar maklumat
Islam mementingkan persoalan maklumat yang disampaikan. Ia tidak menerima secara semberono siapa sahaja yang bercakap tanpa alasan yang jelas. Namun setiap dakwaan itu memerlukan hujjah dan dalil. Tambahan pula ianya berkait rapat dengan agama. Sebab itu Ahli Sunnah menjadikan ( al-Tathabbut) atau membuat kepastian dalam sesuatu fakta adalah asas dalam pengambilan sesuatu maklumat, atau menghukum orang lain. Tujuannya agar agama tidak ditokok tambahkan. Firman Allah SWT didalam surah al-Hujurat : 6 yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepadamu seorang fasiq membawa sesuatu berita maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum ( dengan perkara yang tidak diingini ) dengans ebab kejahilan kamu, sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan.”
Disebabkan itu Ulama tabi’in Muhammad Ibn Sirin (w110) berkata : “Sesungguhnya ilmu ini (mengenai al-Quran dan al-Sunnah adalah din ( agama).Oleh itu perhatilah daripada siapa kamu mengambil agama kamu”.
Sebenarnya budaya ini bukanlah budaya yang baik bagi seorang yang bergelar ‘orang teknologi’. Orang yang berteknologi sepatutnya adalah merupakan orang yang paling mengetahui selok-belok pembohongan dalam dunia internet. Namun sayangnya remaja yang bijak dengan dunia teknologi maklumat ini tumpas dan tewas apabila pembohongan itu datangnya dari email atau sms berbentuk agama. Kita takuti hasil sebaran kita kepada rakan yang lain menjebakkan diri kita ke atas pendustaan kepada Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam.
Ingat!!!..bohong, tipu dan ‘awta’ member-member boleh dikira ok lagi. Namun berbeza bila kita berbohong atas nama Nabi SAW.  Jelas dalam hadis mutawatir yang bermaksud :
“Sesungguhnya berdusta keatasku ( menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain ( menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta keatasku dengan sengaja, maka  siaplah tempat duduknya di dalam neraka.
5) Asalkan berita agama sahaja kita sebarkan.
Nampak sahaja macam keratan agama kita sebarkan. Bukankah orang yang berkualiti adalah orang yang mempunyai ‘filter’ dalam setiap ceritanya. Kekadang semangat dan kesungguhan kita untuk berdakwah melalui medium teknologi sesuatu yang boleh dibanggakan. Dan inilah peluang kita berdakwah. Namun, harus diingat dakwah juga memerlukan disiplinnya. Imam Muslim dalam muqaddimah kitab Sahihnya menerangkan :
“ Cukuplah sesorang itu dikira berdusta dengan dia menceritakan setiap cerita yang ia dengari”.
Disebabkan itulah para ulama amat melarang menceritakan dan menyampaikan sesuatu maklumat tanpa menyelidikinya. Antaranya Imam Malik bin Anas menyebut :
“ Ketahuilah, tidak selamat seseorang yang menceritakan setiap apa yang dia dengari, dan sesorang tidak menjadi Imam ( pimpinan) sama sekali apabila menceritakan setiap yang dia dengar.”
6) Menilai logika isi kandungan email dan sms
Kekadang kita mampu berfikir secara logik dan mampu mempertikaikan isu-isu agama yang bersifat ta’abbudi. Namun, dalam isu ini kita seolah-olah terpukau dengan penceritaan dan ganjaran beserta ancaman dari sms dan email yang sampai kepada kita. Kalau dilihat secara logik pun kita mampu untuk mengetahui ‘keajaiban’ dan ke’misteri’an cerita yang sampai kepada kita dari sudut logiknya.
Dalam ilmu hadis terdapat kaedah Naqd al-Mutun atau dipanggil mengkritik teks. Iaitu melihat sejauhmana kebenaran boleh dipercayai daripada sesuatu teks. Ini dengan cara membandingkan teks tersebut dengan al-Quran atau al-Sunnah dan sejarah yang boleh dipegang dengan akal yang waras. Imam Ibn Jauzi (w 597) berkata :
“Apabila engkau melihat sesbuah hadith menyanggahi logic, menyalahi manqul ( al-Quran ) dan bertentangan dengan usul-usul Islam, maka ketahui ianya hadith yang palsu”.
7) Orang lain sebar anda turut berdosa
Apabila kita melakukan sesuatu yang benar-benar sunnah. Lalu kita menyebarkannya, maka pahala yang diperolehi sama seperti orang yang mengamalkannya. Samalah juga apabila kita melakukan sesuatu perbuatan dosa akibat menyebarkan sms dan email palsu, lalu diikuti oleh orang lain, maka samalah dosa mereka dengan kita.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud : “Sesiapa yang melaksanakan suatu sunnah hasanah, maka baginya pahala dari perbuatan tersebut dan pahala orang-orang yang beramal dengannya tanpa berkurangan sesuatu pun dari pahala-pahala mereka. Dan sesiapa yang melaksanakan dalam Islam suatu sunnah yang tidak baik (sayyia’ah) maka diatasnya dosa perbuatan itu dan dosa orang yang beramal dengannya tanpa berkurangan sedikitpun. ( Hadis Sahih Muslim )
8) Kami buat ini atas maksud dakwah. Bukankah ianya sesuatu yang baik?
Para sahabat RA sentiasa berpegang dengan prinsip ‘Lau kaana khairan lasabaquuna’. Bermaksud  ‘sekiranya ianya perbuatan baik, maka sudah pasti kami mendahuluinya’. Mereka golongan yang teramat pantas melakukan kebaikan. Kerja dakwah mereka dijual beli dengan harta dan nyawa. Namun, mereka sama sekali tidak melakukan perkara yang bukan dari al-Quran dan Sunnah walaupun ianya dianggap baik.
Buat remaja yang bersemangat dalam menggabungkan teknologi maklumat dan urusan dakwah. Marilah kita sama-sama merenung kata-kata Imam Ibn Jauzi dalam kitab beliau berjudul Talbis Iblis terhadap golongan yang suka dan seronok menyebarkan cerita-cerita yang jauh dari disiplin ilmu. Katanya :
“Orang ramai tidak lagi sibuk dengan ilmu, sebaliknya berpaling kepada cerita-cerita dan perkara yang diminati oleh orang jahil. Maka timbullah bidaah dalam bidang ini….dalam kalangan mereka ada yang memalsukan hadis-hadis dalam at-targhib (menggalakkan ibadah) dan at-Tarhib ( menakutkan orang ramai kepada maksiat). “ Iblis menipu mereka dengan mengatakan “ Tujuan kami adalah untuk menggalakkan orang ramai kepada kebaikan dan menghalang mereka daripada kejahatan. Ini adalah penambahan mereka terhadap syariat. Justeru, dengan perbuatan ini, syariat pada sisi mereka adalah cacat dan berhajatkan kepada penyempurnaan”. Mereka lupa sabda Nabi SAW : Sesiapa yang berdusta keatasku dengan sengaja maka siaplah tempat duduknya di dalam neraka.” ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, hlm 143, Beirut : Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.)
Penulisan ini bukanlah mengkritik sesiapa, sekiranya ia hanya menyuruh rakan-rakan lain men’forward’kan sms dan email dakwah atas tujuan kepentingan dakwah. Tetapi yang dikritik adalah apabila ia menyatakan ganjaran dan habuan serta amaran berlakunya musibah terhadap perbuatan ‘forward’ tersebut.
Ayuh bersama kita menjadi pendakwah dalam dunia teknologi berdasarkan ilmu. Kerana ilmu itu pagar bagi orang yang bersemangat. Saya juga memohon kemaafan dari Allah SWT sekiranya berlaku keterlanjuran dalam menyebarkan dakwah agama ini.

Catatan Popular

senarai blog