ISLAMIC

BISMILLAH..

S E L A M A T D A T A N G B L O G I S L A MIC

INSYALLAH BLOG INI,

dapat berkongsi dengan anda tentang ilmu islam..ilmu lagi

banyak kita ada,lagi luas pemikiran kita..insyallah..

Sabtu, 11 Disember 2010

LARANGAN MENGHARAMKAN YANG HALAL DAN MENGHALALKAN YANG HARAM


Surah : al-mukminun ayat ;88
Ertinya : - “wahai orang-orang yang beriman,janganlah kamu haramkan apa2 yang telah allah s.w.t halalkan bagi kamu, dan jangan kamu melampaui batas.sesungguhnya allah s.w.t tidak menyukai orang-orang yg melampaui batas.dan makanlah yg halal lagi baik daripada apa yang allah s.w.t telah berikan rezeki kepadamu dan bertawakallah kepada allah s.w.t yg kamu beriman kepadanya.

Huraian ayat :
1.    Allah s.w.t melarang manusia memakan atau meminum benda-benda yg haram kerana :-

-      Memudaratkan anggota badan
-      Membawa penyakit kepada penggunanya
-      Mempengaruhi perkembangan tubuh mental dan badan seseorang
-      Mempengaruhi perangai seseorang kepada keadaan tidak baik

2.  Oleh itu,orang islam perlu berhati-hati dalam memilih pakaian peralatan rumah dan barang2 keperluan harian yang lain.benda-benda ini hendaklah bukan daripada bahan-bahan yang di haramkan.
3.  Orang lelaki di haram memakai perhiasan yg disadur dengan emas
4.  Islam menggalakkan orang islam bersifat sederhana dalam mengunakan peralatan keperluan hidup.islam melarang umatnya bersifat melampau dan membazir dalam mengunakan rezeki daripada allah s.w.t.islam melarang umatnya melakukan perbaziran kerana :
a.  Perbuatan tersebut akan merugikan diri sendiri dan orang lain
b.  Perbuatan tersebut adalah amalan syaitan
c.   Berlakunya tekanan inflasi dalam negara
d.  Negara akan menjadi miskin kerana rakyat tidak bijak menggunakan wang
e.  Pembanggunan tidak dapat di jalankan

5.  Islam mementingkan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.kedua-dua perkara ini tidak akan tercapai melainkan seseorang itu bekerja untuk kesenangan di dunia dan dan meninggalkan ibadat kepada allah s.w.t tanpa mempedulikan keperluan hidup di dunia.
6.  Allah s.w.t menyuruh manusia makan dan minum daripada bahan-bahan yang halal dan baik dengan tujuan.antaranya  ialah:

a.  Menjaga kesejahteraan hidup manusia
b.  Supaya manusia hidup dalam keadaan sihat dan  terhindar daripada sebarang penyakit.
c.   Untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan dan fikiran supaya  manusia dapat manjalan aktiviti seharian dengan sempurna
d.  Untuk melahirkan umat yg cergas,kuat,bijak dan bercita-cita tinggi untuk memajukan agama,bangsa dan tercinta

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular

senarai blog