ISLAMIC

BISMILLAH..

S E L A M A T D A T A N G B L O G I S L A MIC

INSYALLAH BLOG INI,

dapat berkongsi dengan anda tentang ilmu islam..ilmu lagi

banyak kita ada,lagi luas pemikiran kita..insyallah..

Selasa, 26 Oktober 2010

Rebutlah jawatan Tok Siak! Dan Tok Bilal

Rebutlah jawatan Tok Siak! Dan Tok Bilal

membangun masjid di tempat kediaman
Daripada A’isyah RA berkata (maksudnya): Rasulullah SAW telah memerintahkan kepada kami untuk membangun masjid di tempat-tempat tinggal dan agar selalu dibersihkan serta diberi wangi-wangian. (HR Ahmad, Tirmidzi, lbn Majah dan Abu Dawud)
Kalau ikutkan bahasa orang Kuala Lumpur, tok Siak lebih glamour dipanggil sebagai nouja. Apapun bahasa yang digunakan pekerjaannya tetap sama iaitu menjaga persekitaran masjid. Malah kalau diikutkan ‘beliau’lah orang yang paling tahu mengenai hal ehwal masjid.
Walaupun kita mengetahui betapa besarnya fadilat orang yang membangunkan masjid seperti mana diriwayatkan dari Ubaidillah al-Khaulani bahawasanya ia mendengar Utsman bin Affan berkata ketika manusia memperbincangkannya saat membangunkan masjid Rasul SAW, “ Sungguh kalian telah banyak memperbincangkan sementara aku mendengar Nabi SAW bersabda, “ Barangsiapa yang membangun masjid- “ Aku kira ia berkata , ‘ Demi mengharapkan redha Allah, “ – Maka Allah akan membangunkan baginya yang serupa dengannya di dalam Syurga.” (Rujuk Fathul Bari Jilid 3, Bab Orang yang Membangunkan Masjid). Namun membangunkan masjid itu bukan setakat pada nilai ‘maddiyyah’ sahaja. Ianya termasuk membangun dari aspek imarahnya.
Bagi insan yang membangunkan masjid hanya dengan mengharapkan redha Allah tanpa sebarang publisiti mahupun kepentingan diri ataupun kumpulan mereka maka ganjaran Allah itu amatlah besar untuknya. Namun ada beberapa peringatan yang harus kita ingatkan seperti mana yang ditegaskan oleh Imam Ibn Jauzi katanya “Barangsiapa yang menulis namanya pada masjid yang dibangunnya, maka ia sangat jauh dari keikhlasan.” Tambah Ibn Hajar pula dalam Fathul Bari mengatakan bahawa barangsiapa yang membangunnya dengan mengharapkan upah, maka ia tidak memperolehi apa yang telah dijanjikan dalam hadis ini kerana tidak adaya rasa keikhlasan, meskipun ia tetap diberi pahala secara garis besanya.
Daripada soal kebersihan masjid, soal kemudahan yang disediakan sehinggalah mengetahui dimana letaknya suis kipas angin. Malah tahi cicak yang bertaburan di dalam masjid juga ‘beliau’ jadikan buruan. Itulah kehebatan tok siak masjid. Namun rata-rata kebanyakan masjid meletakkan jawatan ini sebagai jawatan yang kebiasaannya ‘menang tanpa bertanding’. Setiap tahun jawatan tersebut terus menerus akan dimenangi oleh orang yang sama.
Betapa besarnya kelebihan orang-orang mencuci masjid dan memlihara kebersihan masjid. Sehinggakan jawatan ini telah dilakarkan oleh lidah baginda Nabi SAW terhadap kelebihannya. Ini dapat dilihat apabila Imam al-Bukhari sendiri telah memasukkan satu bab dalam Sahihnya iaitu bab “ Menyapu di Masjid dan memungut potongan-potongan kain, sampah dan duri di dalam masjid” Ini  menunjukkan ada kelebihan khusus yang telah disediakan bagi orang yang melakukan kerja-kerja kecil ini namun ianya dianggap besar disisi Allah SWT.
gambar hiasan
Berbeza dengan jawatan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, AJK dan sebagainya. Jawatan itu sentiasa panas kerana ianya sering ditandingi perebutan kerusi tersebut berdasarkan dua blok yang sentiasa mewarnai politik masjid di Malaysia. Namun itulah hakikatnya. Perkara tidak bertegur sapa, tidak datang solat berjemaah dek kerana berbeza bendera menjadi perkara biasa. Ada yang berlari untuk ke masjid, namun sebelum imam mengangkat takbir ia sudah pulang ke rumah kerana berbezanya warna dengan tok imam.
Kita mungkin bercakap dalam konteks yang memalukan institusi masjid di Malaysia. Namun itulah hakikat yang berlaku. Jawatan yang Allah limpahkan kurnia pahala yang cukup besar kepada sesiapa yang memelihara masjid  mahupun membersihkan masjid. Tetapi jawatan itu bukanlah favorite kepada orang-orang masjid. Yang menjadi rebutan adalah jawatan yang nampak gah dari sudut pemerintahannya.
Daripada Abu Zar RA berkata (maksudnya), “ Wahai Rasulullah, mahukah kamu mengangkat aku (untuk menjalankan suatu tugas)?” Kemudian beliau memukul bahu saya sambil bersabda, “ Wahai Abu Zar, kamu adalah orang yang lemah sedangkan jawatan itu satu amanah, ia pada hari akhirat merupakan kehinaan dan penyesalan. Kecuali orang yang dapat menunaikan haknya dan menjalankan kewajipannya.” ( HR Muslim)
Kita menyokong pihak-pihak yang ikhlas dalam menegakkan agama Allah dengan menawarkan diri untuk memimpin masjid dari sepi tanpa ‘driver’ yang memimpin. Tetapi ada yang dahinya jarang berada di karpet masjid untuk sujud bersama imam, turut sama berentap melibatkan diri dalam politik masjid. Ini menunjukkan kita amat berani memikul amanah yang telah ditakuti oleh bukit bukau, gunung ganang mahupun langit yang dari awal menolak untuk memikul amanah. Besar amanah menjaga rumah Allah.
Para sahabat RA teringin sangat untuk dikurniakan anak. Namun mereka takut untuk meikul amanah seorang ayah. Para sahabat RA teringin sangat hendak memiliki isteri. Namun merekalah yang paling gerun menanggung amanah seorang suami. Apatah lagi jawatan untuk menjaga rumah Allah. Jawatan amat ditakuti oleh orang-orang yang soleh.
Marilah kita merebut jawatan tok siak mahupun bilal. Lagipun kalau kita perhatikan dalam sejarah masjid-masjid di Malaysia, jawatan tok siak lah merupakan jawatan yang tidak pernah melukakan hati jemaah masjid yang lain berbanding jawatan pengerusi, setiausaha dan bendahari masjid. Ayuh bersama-sama kita merebut jawatan tok siak beramai-ramai!!!…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular

senarai blog