Generasi Sekarang Tidak Solat
Posted by Imam Muda Asyraf on October 28th, 2010
Hari ini dalam kemurungan.Sari berita penting…
Tulisan ini adalah rentetan pengalaman penulis sebagai guru di salah sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang. Hati mana yang tidak terluka apabila hanya 2 orang daripada 40 orang anak murid dalam kelas yang menunaikan solat Subuh. Apabila masuk ke kelas yang pelajarnya agak pandai berbanding kelas lain, ternyata jawapan yang diberikan adalah terlalu hampa.
Teringat kisah Maulana Umar sewaktu berada di dalam kapal terbang bersama seorang Atheis dari Eropah. Antara perbualan yang terjadi adalah:
Atheis: Bagaimanakah tuan boleh mempercayai pembalasan selepas kematian sedangkan ia tidak pernah kelihatan langsung?Ya…Tuan sekarang berada dalam keadaan yang amat bahaya!
Maulana: Saya meyakini adanya balasan selepas kematian. Dengan sebab itu saya menunaikan solat sebagai persediaan.
Atheis: Bagaimanakah sekiranya selepas tuan mati nanti, tuan dapati tiada pembalasan selepas kematian? Tidakkah sia-sia sahaja segala solat dan persediaan tuan selama ini?
Maulana: Ok…baiklah. Sekiranya selepas saya mati nanti tiada sebarang pembalasan, maka saya tidak akan rugi apa-apa pun. Persoalannya…bagaimanakah sekiranya saya mati nanti, benar-benar adanya hari pembalasan? Sudah semestinya saya untung sebab sudah bersedia menghadapinya. Dan tuan yang tidak mempercayainya begitu juga langsung tidak membuat persediaan menghadapinya berada dalam keadaan bahaya….
Itulah sebahagian kisah seorang Maulana yang mengibaratkan bahawa meninggalkan solat itu mendekatkan diri kita dalam jurang yang bahaya.
Justeru, beberapa isu yang ingin dibangkitkan di sini berkaitan dengan isu kanak-kanak sekolah dan pelajar sekolah menengah dengan solat 5 waktu:
1) Rata-rata pelajar sekolah masakini tidak sempat untuk solat subuh terutamanya di bandar-bandar besar. Antara faktor yang dapat dilihat adalah, mereka terpaksa menunggu bas sekolah seawal pukul 6 pagi. Apabila mereka ke sekolah, surau di sekolah pun masih gelap tanpa berpenghuni. Diharapkan masalah ini dapat diselesaikan dengan pihak sekolah mengadakan solat Subuh secara berjemaah di surau sekolah.
2) Solat Zohor di surau sekolah merupakan kokurikulum wajib di sekolah. Jadual yang sistematik perlu diatur oleh ustaz-ustaz di sekolah bagi selari dengan silibus pembelajaran. Inilah salah satu cara yang termampu untuk pihak sekolah membantu mendidik budaya solat di kalangan generasi masa depan kita. Sedangkan waktu Asar, Magrib, Isya’ dan Subuh semuanya di bawah tarbiyyah ibu bapa masing-masing.
3) Setiap program sukan di waktu petang, pastikan mereka melakukan solat Asar di Surau. Didikan dan ilmu yang benar dalam memudahkan anak muda untuk solat mestilah diajar oleh guru masing-masing. Alasan lapuk seperti baju kotor, badan berpeluh dan sebagainya bukanlah penghalang untuk menunaikan solat. Ini kerana peluh dan baju yang kotor tidak membatalkan solat sekiranya tiada padanya najis.
Alasan lapuk seperti baju kotor, badan berpeluh dan sebagainya bukanlah penghalang untuk menunaikan solat.
Penulis mengimami solat di padang futsal ketika rakaman program di kampungnya untuk Kemuncak Imam Muda.
4 ) Nasihat yang berkesan daripada ustaz dan ustazah di sekolah kepada ibu bapa pelajar berkenaan kepentingan solat, terutamanya ketika Hari Akademik Pelajar,Hari Ko-Kurikulum yang mempertemukan Ibu bapa dan guru. Ini kerana, bagi orang Islam, kejayaan dalam akademik amat berkait rapat dengan antara hubungan makhluk dan Allah subhanahu wa ta’ala.Kesimpulannya di sini, asas kepada tarbiyyah generasi masa depan yang tidak mengabaikan solat adalah bermula daripada didikan ibu bapa sendiri.
Sekiranya anda tidak mampu menahan sebak melihat anak anda dalam keadaan parah akibat kemalangan jalan raya,
Sekiranya anda tidak sanggup membiarkan anak anda terjatuh ke dalam jurang yang dalam, lalu anda dengan segera menggapai tangan anak anda daripada terjatuh…
Apalah kiranya dibandingkan ianya dengan seksaan Allah subhanahu wa ta’ala yang amat pedih.
Seksaan meninggalkan solat jauh lebih teruk dari beratus-ratus kali kemalangan ngeri yang berlaku di atas muka bumi. Jurang neraka yang dalamnya sejauh mata memandang lebih patut anda geruni berbanding jurang di dunia.
Wahai ibu bapa seluruh dunia…!Tidak sayangkah kamu kepada sekalian anakmu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan