ISLAMIC

BISMILLAH..

S E L A M A T D A T A N G B L O G I S L A MIC

INSYALLAH BLOG INI,

dapat berkongsi dengan anda tentang ilmu islam..ilmu lagi

banyak kita ada,lagi luas pemikiran kita..insyallah..

Isnin, 6 Disember 2010

Produk Muslim

“Wei Sobri, boleh dak ang supply kopi kat aku RM14.50 sepapan?…kurang sikit jer…”
Jawab Sobri, “Mana boleh Radhi…aku jual kat kau RM 15 jer boleh…aku pun dapat RM14.50 dari kilang…aku ambil untung pun RM 0.50 jer.”
“Uhm…takpala Sobri…daripada aku amik kat hang RM 15, baik aku amik kat Ah Soon…dia boleh bagi kat aku RM 14.50.”
Pening-pening, ada yang kata kena boikot…ada yang kata boikot tak syarié plak dah…senang cerita, kita beli produk Muslim.
Inilah realiti yang dialami sendiri oleh sekelian peniaga, pembeli, pemborong, penjual, pengguna dikalangan umat Islam di Malaysia. Satu hakikat yang tidak dapat disangkal. Dek kerana RM0.50, kita sanggup tidak membantu sesama Muslim. Dek kerana persaingan sesama Islam, kita sanggup melakukan perbuatan sihir. Itulah Muslim Malaysia.
Kita sebagai Umat Islam harus bangkit membangunkan Ekonomi Umat Islam. Kerjasama membangunkan ekonomi umat Islam adalah satu kewajipan. Kerjasama bermaksud, sesuatu pihak mengharapkan pihak yang lain. Jadi, tanpa kesatuan bantuan dan kerjasama, kita seolah-olah mengabaikan dan mencelakakan umat Islam itu sendiri.
Berkata Syeikh Mustafa al-Khin dalam Nuzhah al-Muttaqin :
“Seorang mukmin tidak dapat bersendirian dalam urusan dunia dan agamanya. Ia memerlukan bantuan saudara mukminnya yang lain. Jika tidak, dia akan gagal menunaikan tanggungjawab, segala peraturan dunia dan akhiratnya akan cacat serta dia akan termasuk dalam golongan yang binasa.”
Beliau berkata demikian setelah menghuraikan hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dalam Shahih al-Bukhari no. 182 :
(maksudnya): “Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu bangunan. Saling kuat-menguatkan antara satu sama lain.”
Pada masa sekarang diatas dasar penyatuan dalam menguatkan Islam, kita bukan sahaja diberi pilihan untuk bersikap ‘support muslim product’…tapi ia sudah menjadi kewajipan.
Hadis daripada Abi Bardah, Abi Musa rahimahullah berkata (maksudnya):
“Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam: Sesungguhnya kaum al-Asyáriyyin apabila habis bekalan makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan sama rata dalam satu nekas. Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka.”
Dalam hadis di atas, ucapan baginda yang menyebut sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka menggambarkan betapa redhanya baginda dengan tindakan mereka.
Permasalahanya sekarang umat kita tidak bersatu padu. Bukanlah masalah kepakaran sahaja yang perlu kita wiridkan dan pertikaikan soal kualiti produknya. Tapi ini persoalan kekuatan Iman.
Bagaimana seorang muslim mampu menaiki tangga teratas andai baru menjejak tangga sudah di patahkan tangganya. Kita harus bangun dari ‘zero’. Kita harus akui ada kekurangan dalam kualiti barangan orang Muslim. Tapi, bukanlah dengan alasan itu kita meninggalkan terus dari memberi sokongan.
Dalam masa yang sama, kita keliru apakah yang dinamakan sebagai produk Islam. Apabila kita bercakap soal muslim product, kita asyik terbayang kepada kerepek, bahulu, kicap, sos dan sebagainya. Tapi kita lupa bahawa banyak lagi produk-produk Muslim yang mesti kita bantu tanpa kita sedari.
Persoalan pertama, kita harus membebaskan sikap terlalu ketat dalam kriteria memilih produk Islam. Janganlah dek kerana seorang Muslim itu tidak pergi Solat Subuh, tidak membaca mathurat, atau bukan dari parti kita lalu kita meminggirkan produk mereka. Bukannya kita menyokong tindakan meninggalkan solat Subuh. Tapi persoalannya sekarang…apabila datang sahaja produk Muslim, macam-macam pertanyaan kita pertikai dan perbesarkan. Tapi di mana pertikaian yang kita khutbahkan sewaktu kita membeli produk Non Muslim. Sedangkan bagi pembekal produk Muslim, sekurang-kurangnya ia seakidah dengan kita….
Kita kena buka seluas-luasnya lagi dalam menyokong Produk Muslim. Jangan sempitkan hanya pada sekitar produk makanan. Di sini saya hanya menyatakan beberapa produk Muslim yang kita kurang ambil peduli mengenai Ke’muslim’annya.
Bukankah sekiranya kita membeli kereta buatan Proton, Perodua juga kita telah membantu Muslim ( Kerana ianya keluaran dari negara Islam ) Minyak jenama Petronas, Kapal Terbang seperti Malaysia Airlines, Brunei, Emirates dan lain-lain.
Wallahua’lam. Ini sebahagian dari perkongsian idea. Sekiranya kita mendapati terlalu teruk dari segi kualiti bagi produk Muslim, maka tepuk dada tanya Iman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular

senarai blog