ISLAMIC

BISMILLAH..

S E L A M A T D A T A N G B L O G I S L A MIC

INSYALLAH BLOG INI,

dapat berkongsi dengan anda tentang ilmu islam..ilmu lagi

banyak kita ada,lagi luas pemikiran kita..insyallah..

Jumaat, 10 Disember 2010

BALASAN TERHADAP ORANG YANG MELANGGAR PERINTAH ALLAH S.W.T :



BALASAN TERHADAP ORANG YANG MELANGGAR PERINTAH ALLAH S.W.T :

TERJEMAHAN AYAT :
Sesungguhnya balasan bagi orang yang memerangi allah dan rasul-nay serta berbuat bencana di muka bumi adalah dengan di bunuh balas (kalau mereka membunuh)dipalang(kalau mereka membunuh dan merampas),atau dibuang negeri(kalau mereka mengangu ketenteraman awam).hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar kecuali orang-orang yang bertaubat sebelum kamu dapat  menangkapnya(mereka terlepas daripada hukuman itu).maka ketahuilah,sesungguhnya allah maha pengampun lagi maha penyayang.

HURAIAN AYAT :
1.manusia merupakan sebahagian daripada alam atau makhluk yang diciptakan oleh allah

2.oleh kerana allah yg mencipta manusia maka hanya allah sahaja yg berhak dan layak menentukan peraturan yg  mesti diikuti oleh manusia dalam kehidupan  mereka.

3.allah telah menetapkan peraturan tertentu ke atas manusia untuk keselamatan dan kebahgiaan manusia kerana allah yang mengetahui peraturan yg mampu menjamin keimanan manusia.

4.orang yang melanggar hukum allah sewajarnya dikenakan hukuman dan allah telah menentukan hukuman-hukuman tertentu ke atas orang yang melakukan jenayah contohnya :
-  membunuh dengan sengaja hukumnya dib alas bunuh
-  membunuh dan merompak hukumnya di salib dan dibunuh.
-  merompak sahaja hukumnya dipotong tangan dan kaki secara berselang-seli

-  menggangu ketenteraman awam hukumnya di buang negeri.
-  berzina bagi yg masih bujang hukumnya sebat 100kali.
-  berzina bagi yg telah berkawin hukumnya direjam hingga mati

5.pd zaman pemerintahan rasul allah,negara berada dalam keadaan aman kerana pemerintah mengikuti undang-undang allah dalam melaksanakan pemerintahan negara.

6.oleh sebab hukum allah tegas dan menakutkan,sesuatu hukuman yang hendak dilaksanakan perlu melalui perbicaraan yang adil dan cukup dengan saksi.ini adalah untuk mengelakan penganiayaan terhadap orang yg tidak bersalah.

7.semasa menjalankan hukuman,manusia tidak boleh merasa simpati atau belas kasihan terhadap orang yg bersalah  hukum-hukum allah adalah tetap dan tegas.perasaan belas kasihan akan menghalang seseorang itu daripada menjalankan undang-undang allah.

8.hukuman yg di tetapkan oleh allah mempunyai beberapa hikmat :
Antaranya ialah :
-      
-Memberi balasan  ke atas mereka yg melakukan kesalahan
-       -Memberi kesedaran kepada mereka yg melakukan kesalahan dan tidak akan -mengulanggi perbuatan tersebut
-       -Supaya orang ramai berasa takut dengan hukuman tersebut dan tidak akan -melakukan maksiat
-       -Mewujudkan kedamaian dalam masyarakat

9.jenayah adalah perbuatan yg di benci dan ditakuti oleh orang ramai.suasana yg wujud dalam sesebuah masyarakat dan negara yg mempunyai ramai penjenayah ialah :

-       -Tidak aman dan sering berlaku kekacauan
-       -Orang ramai berada dalam ketakutan
-       -Orang ramai tidak bebas bergerak untuk menjalankan kegiatan harian
-       -Pembangunan sering terganggu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular

senarai blog